Rabu, 3 November 2010

Sporting Goods- Kasut Sukan

Kesesuaian dan  keselesaan perlu diutamakan




Bersukan merupakan aktiviti yang baik untuk kesihatan.  Bersukan dapat meningkatkan kadar kesihatan jantung jika dilakukan dengan cara yang betul.  Beberapa faktor lain juga perlu difikirkan bagi menjamin sukan yang anda lakukan mendatangkan kebaikan bukan kemudaratan.  Salah satu faktor utama adalah kasut sukan.
Pilihlah kasut yang sesuai untuk aktiviti sukan anda




     Sukan apakah yang anda lakukan?  Di atas padang rumput, karpet, gelanggang seperti badminton, futsal atau bola keranjang?  Setiap aktiviti sukan ini memerlukan kasut yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ini.
     Kasut yang bertapak tebal tetapi lembut sesuai untuk berjongging.  Ini dapat menyerapkan hentakan berat badan anda ketika berlari di atas permukaan yang keras seperti di jalan raya.  Kasut ini juga dapat mengelak kecederaan di bahagian-bahagian sendi yang menanggung beban berat badan.